UMNO mahu jadi parti teras, BN bukan ‘abang besar’ - Utusan Malaysia

UMNO mahu jadi parti teras, BN bukan ‘abang besar’

DERETAN bendera parti berhampiran Kampung Sungai Udang dipasang sempena PRN Melaka - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kestabilan politik dalam pembentukan sesebuah kerajaan tidak mungkin dicapai sekiranya tiada parti teras yang memiliki majoriti kerusi, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Melalui wawancara secara dalam talian di laman sosial Facebook, BN COMMS, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, ketiadaan parti teras hanya akan mewujudkan terlalu banyak situasi tawar-menawar dan tolak-ansur, sehingga sesuatu perkara penting melibatkan perjuangan parti tidak dapat direalisasikan.

Justeru, ujarnya, kerana itulah UMNO perlu bertanding lebih daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, agar Barisan Nasional (BN) dapat membawa kestabilan kepada negeri ini selepas membentuk kerajaan.

“Kedua, kalau tiada parti teras banyak sangat bargaining (tawar-menawar), banyak sangat give and take (tolak-ansur) sehingga perkara yang sangat penting berasaskan perjuangan pada parti tak boleh nak dilaksanakan sebab tiada parti teras.

“Atas sebab itulah, UMNO pada PRN Melaka perlu bertanding lebih daripada 14 atau 15 kerusi supaya boleh menjadi parti teras. Tiada parti teras tiada kestabilan, ini rakyat Melaka kena tentukan.

“Kalau ikutkan UMNO kalah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tetapi tidak mati, jadi pilihlah UMNO,” katanya.

MOHAMED KHALED NORDIN

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan, BN cuba menjadi ‘abang besar’ sehingga memutuskan bertanding solo dalam PRN Melaka.

Daripada 28 kerusi dipertandingkan, UMNO bertanding di 20 DUN, diikuti MCA (tujuh DUN) dan MIC (satu DUN). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya