UMK diiktiraf universiti keusahawanan global - Utusan Malaysia

UMK diiktiraf universiti keusahawanan global

NIK Maheran Nik Muhammad (dua kanan) bersama Asiah Abu Samah menunjukkan sijil pengiktirafan Akreditasi Universiti Keusahawanan di UMK Bachok, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperoleh akreditasi antarabangsa sebagai Universiti Keusahawanan, sekali gus menjadi universiti awam pertama di negara ini yang memiliki pengiktirafan global tersebut.

Selain UMK, terdapat enam lagi universiti di seluruh dunia menerima pengiktirafan oleh Accreditation Council For Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) yang berpangkalan di Jerman.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, perkara itu amat membanggakan kerana pihaknya menyasarkan pengiktirafan tersebut hanya dapat dicapai pada 2023,.

Kata beliau, sebelum menerima akreditasi itu, UMK perlu menjalani proses pengauditan yang dijalankan selama setahun oleh ACEEU terutama dari segi prestasi dan pencapaian dalam aspek keusahawanan.

“Sebanyak 15 kriteria diambil kira oleh panel penilai termasuk ekosistem keusahawanan yang wujud dalam kampus, aspek kepimpinan akar umbi berfokuskan kepada industri keusahawan dan perniagaan.

“Selain itu, kesemua penuntut UMK pelbagai jurusan perlu mengambil subjek keusahawanan sekurang-kurangnya 12 jam kredit.

“Kita menyasarkan UMK mendapat pengiktirafan ini pada 2023, namun berkat usaha bekas Naib Canselor, ahli-ahli dan juga kakitangan, akhirnya kita dapat mencapai kejayaan ini lebih awal,” katanya dalam sidang akhbar di UMK Kampus Bachok, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-11 UMK yang dihadiri Pro Canselor II, Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah; TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Kanan Institut Keusahawanan, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya