Tinggalkan Diriku tanda cinta Shuib buat Siti Sarah. - Utusan Malaysia

Tinggalkan Diriku tanda cinta Shuib buat Siti Sarah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan penyanyi, Shuib Sepahtu tampil melancarkan video muzik (MV) single berjudul Tinggalkan Diriku, yang disiarkan melalui platform Youtube Shuib Channel, jam tiga petang, hari ini.

Menurut Shuib, dia mengabadikan lagu Tinggalkan Diriku, hasil ciPtaan Aidit Alfian ke dalam sebuah MV sebagai tanda cinta kepada bidadari syurganya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” katanya.

Mengulas lanjut, usahawan itu turut menyifatkan kehilangan tersebut meninggalkan rasa sepi dan kosong.

Malah, bagaikan hilang seluruh jiwa mencengkam sanubari dalam dirinya yang hanya bertemankan suara dan air mata sejak isteri tercintanya dijemput Ilahi.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Sebagai informasi, lagu ini dirakamkan pada tahun 2002 dan dirilis pada 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya