Tiga lelaki ditahan dipercayai edar dadah - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan dipercayai edar dadah

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Sentul dengan menahan tiga warga tempatan.

Kesemua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul dalam tiga serbuan berasingan dengan rampasan dadah bernilai RM11,509.95.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun di hadapan antara sebuah rumah di Jalan Segambut, Jinjang pada 7 petang kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek menjumpai dadah jenis methamphetamine seberat 53.21 gram yang dipercayai untuk dijual kepada penagih dadah di kawasan itu.

“Polis kemudian menyerbu rumah suspek pertama dan menahan rakan serumah iaitu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dan merampas dadah jenis heroin seberat 15.97 gram dan kanabis seberat 5.95 gram yang berada dalam pemilikannya.

“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di kawasan Taman Wahyu, Jinjang pada pukul 6 petang kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Eng Lai, pemeriksaan terhadap suspek turut dadah jenis methamphetamine seberat 51.99 gram dan kanabis seberat 2.68 gram yang dipercayai untuk dijual kepada penagih dadah di kawasan itu.

Jelasnya, saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis morphine, methamphetamine, amphetamine, tetrahydrocannabinol (THC).

“Selain itu, semakan mendapati masing-masing mempunyai tujuh, empat dan sembilan rekod jenayah dadah.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” tambah beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya