Tiga lelaki ditahan bersama 680kg daun ketum - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan bersama 680kg daun ketum

SEJUMLAH daun ketum yang dirampas selepas tangkapan terhadap tiga orang lelaki di Taman Desa Penarikan, Bahau, Jempol, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tiga orang lelaki ditahan bersama 680 kilogram daun ketum di dua lokasi berasingan oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 8 malam, anggotanya menahan dua orang lelaki masing-masing berusia 32 dan 36 tahun di tepi jalan besar, Taman Desa Penarikan, Bahau dekat sini.

“Dalam tangkapan tersebut, polis turut menahan 37 beg plastik hitam dengan setiap satu terdapat 50 bungkus plastik lutsinar mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 250 kilogram.

“Turut dirampas, 30 beg plastik hitam dengan setiap satu mengandungi daun ketum dengan anggaran seberat 270 kilogram. Jumlah rampasan tersebut dianggarkan bernilai sebanyak RM5,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kemudian pada pukul 8.15 malam, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di hadapan sebuah rumah di taman perumahan yang sama.

Tangkapan tersebut turut membawa kepada rampasan sebanyak 1,134 plastik lutsinar mengandungi dedaun hijau disyaki daun ketum dengan anggaran berat kasar keseluruhan barang kes tersebut ialah 160 kilogram dan bernilai sebanyak RM1,600.

“Turut dirampas dalam ketiga-tiga tangkapan tersebut ialah sebuah motosikal, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux, segugus anak kunci kenderaan dan segugus kunci.

“Lelaki ketiga yang ditangkap dipercayai telah terlibat dalam aktiviti pengedaran daun ketum sejak awal bulan Julai yang lalu manakala lelaki pertama mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 5(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurut Chang Hook, ketiga-tiga tangkapan tersebut disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya