"Terima kasih pada yang memberi teguran" - Noorkhiriah - Utusan Malaysia

“Terima kasih pada yang memberi teguran” – Noorkhiriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon hebat, Noorkhiriah bertindak memadam gambar dan video yang dimuat naik di Instagramnya (IG) baru-baru ini gara-gara tampil berpakaian ketat di bahagian lengan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, di IG nya baru-baru ini.

“Asalamualaikum, akak padam video atau gambar siang tadi. Tidak perasan bahagian lengan Ketat, Noorkhiriah ini huru hara sebenarnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini berterima kasih kepada netizen yang tampil menegur penampilannya itu.

“Terima kasih pada yang memberi teguran. Adakala teguran orang adalah cara Allah menghantar mesej.

“Terimalah dengan hati yang terbuka. Dan balasan kita pada emosi yang pertama, bukan kedua mahupun ketiga. Terima kasih Semua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN