Sumo Post Express mahu setanding syarikat kurier berpengalaman - Utusan Malaysia

Sumo Post Express mahu setanding syarikat kurier berpengalaman

BIDUANA Manan (lima, kiri) bersama tetamu sempena perasmian Sumo Post Express (SPE) di Alam Avenue Seksyen 16 hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat yang menawarkan perkhidmatan kurier di negara ini seperti ‘tumbuh bak cendawan selepas hujan’ apabila peluang ekonomi itu dilihat cerah termasuklah Syarikat Sumo Post Express Sdn Bhd (SPE) milik seorang anak tempatan.

‘Sumo’ bukanlah merujuk kepada sukan gusti terkenal di Jepun tetapi dialek Negeri Sembilan yang membawa maksud ‘semua’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Biduana Manan, SPE kini berpangkalan di Pusat Komersial Alam Avenue di Seksyen 16, di sini dan berazam mahu menjadi sehebat syarikat lain yang berpengalaman di negara ini.

“Semua bermaksud kita bukan sahaja beroperasi untuk bisnes kurier dengan konsep tempat meletak dan mengutip bungkusan atau ‘Pick Up and Drop Point‘ (PUDO) malah di sini ada kafe untuk menjamu selera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian SPE di Bearjambang Cafe hari ini dan turut dihadiri wakil My Save, Mohd. Zaki Mohd. Arifin dan Ketua Pegawai Kewangan SPE, Nuraidah Alhadi.

Biduana menambah, sebelum meneroka bidang kurier pihaknya telah dua tahun terlibat dengan perkhidmatan membekalkan tenaga kerja dan menyewakan van untuk syarikat-syarikat kurier.

Katanya lagi, SPE mengalu-alukan usahawan bisnes dalam talian menjadikan lokasi tersebut sebagai PUDO mereka.

Sementara itu Mohd.Zaki memaklumkan, My Save  merupakan penyedia platform sistem khidmat kurier yang digunakan pihak SPE. 

“Di bawah platform My Save pihak kami ada 11 syarikat kurier yang boleh digunakan oleh pelanggan. 

“Ini bermakna, SPE selain memberi khidmat kurier turut berperanan menjalankan operasi platform My Save untuk memberi kebebasan kepada pelanggan memilih satu daripada 11 syarikat kurier yang bersama platform kami,” jelasnya.

Katanya lagi, dengan menggunakan platform My Save semua syarikat kurier boleh menjadikan SPE hab untuk menurunkan kurier mereka yang kemudiannya diagihkan oleh kakitangan SPE sendiri di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya