Suami pelakon ditahan tampar anak - Utusan Malaysia

Suami pelakon ditahan tampar anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami kepada seorang pelakon ditahan selepas dipercayai menampar anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah rumah di daerah Wangsa Maju, dekat sini semalam.

Penahanan lelaki berusia 30-an itu selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila suspek disyaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan isterinya.

Katanya, anak pasangan tersebut yang cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun ditampar suspek.

“Pegawai penyiasat telah mengambil keterangan pelakon wanita tersebut manakala suspek ditahan reman tiga harihingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, pasangan suami isteri berkenaan tidak mahu memperbesarkan isu tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya