Sindiket sewa tanah orang kampung untuk buang sisa toksik

Sindiket sewa tanah orang kampung untuk buang sisa toksik

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Orang ramai khususnya penduduk kampung dinasihatkan berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sindiket yang dikenal pasti menyewa tanah mereka untuk melupuskan sisa toksik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, selain dijadikan tempat pelupusan, tanah disewa itu turut dijadikan transit untuk mereka melaksanakan perbuatan tersebut.

Beliau berkata, maklumat tersebut sebahagian besarnya diperoleh hasil aduan orang ramai yang mengesan taktik kotor sindiket tidak bertanggungjawab itu. 

“Kita percaya sindiket tersebut adalah daripada kilang-kilang haram yang tidak mendapat kelulusan kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). 

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau perkara itu dan kita harap orang ramai akan terus membuat aduan kepada JAS jika mengesan perbuatan sindiket tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Sharkar berkata, sindiket tersebut dikesan tidak menggunakan nama syarikat mereka sebaliknya melantik ejen bagi melupuskan sisa toksik berkenaan.

“JAS sebelum ini telah menangkap sindiket membuang sisa toksik dan ada antara mereka telah didakwa di mahkamah atas kesalahan itu. 

“Sebab itulah kita minta orang ramai yang mengesan taktik sindiket ini (lupus sisa toksik) segera melaporkan kepada JAS untuk kita ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri berkemungkinan menaikkan kadar denda yang lebih tinggi atas kesalahan pencemaran alam sekitar demi memberi kesedaran kepada semua pihak.

“Ini penting kerana kita mahu kilang-kilang di negeri ini melaksanakan elemen Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sejajar dengan agenda kelestarian dan pertumbuhan hijau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya