Seorang lelaki ditahan cuba sogok polis RM200,000

Seorang lelaki ditahan cuba sogok polis RM200,000

MOHAMAD Mat Yusop (dua dari kanan) menunjukkan hasil rampasan pihak polis susulan penahanan enam orang berkaitan pelaburan tidak wujud dalam sidang akhbar di IPD Nilai, Seremban hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan kerana cuba menyogok anggota polis dengan wang tunai berjumlah RM200,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lima orang rakannya yang terlibat dalam sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan awal pagi tadi di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Nilai dekat sini.

Katanya, lima anggota sindiket tersebut pula ditangkap malam tadi dalam serbuan di sebuah pangsapuri juga di Bandar Baru Nilai

“Pihak polis telah merampas wang tunai itu bersama dua buah telefon bimbit bersama lelaki itu.

“Lima anggota sindiket yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 21 dan 24 tahun ditahan oleh anggota polis daripada  Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Nilai,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Nilai, hari ini.

Jelas Mohamad, modus operandi sindiket tersebut adalah menyasarkan warganegara Malaysia sebagai mangsa dengan menawarkan skim pelaburan tidak wujud di Facebook.

“Sindiket akan berhubung dengan mangsa hanya melalui aplikasi WhatsApp serta menggunakan pelbagai akaun bank dalam menjalankan aktiviti penipuan itu,” tambahnya

Jelasnya, turut dirampas dalam serbuan itu ialah 15 buah telefon bimbit, dua buah computer riba dan  wang tunai berjumlah RM2,473.

“Penahanan semua suspek ini pihak polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes berkaitan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang satu tahun atau tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kesemua yang ditahan direman selama dua hari bermula hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya