Segera atasi masalah guru enggan divaksin  - Utusan Malaysia

Segera atasi masalah guru enggan divaksin 

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan disaran segera meneliti punca utama menyebabkan guru-guru enggan menerima vaksin Covid-19 dan mengenal pasti langkah penyelesaian untuk memastikan pembukaan semula sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan selamat. 

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan berhubung isu berkenaan.

Malah katanya, golongan ibu bapa turut berasa kecewa dengan Kementerian Pendidikan yang dilihat gagal menyelesaikan masalah itu.

“Pihak kementerian harus mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini kerana tindakan keras terhadap guru yang enggan menerima suntikan vaksin bukan satu cara penyelesaian yang baik dan bernas.

“Isu ini telah lama wujud, namun sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan dan mungkin akan berlanjutan sehingga hari pembukaan semula sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun Kementerian Pendidikan tidak membenarkan guru yang belum melengkapkan vaksin mengajar secara bersemuka di sekolah, tetapi  ibu bapa dan murid tidak dapat mengenal pasti guru yang mengajar di sekolah telah lengkap menerima vaksin.

Tambah beliau, penjawat awam daripada Kementerian Pendidikan sebelum ini juga dilaporkan paling ramai tidak menerima suntikan vaksin.

“Jadi bagaimana pihak berkuasa dapat memastikan keselamatan setiap sekolah di seluruh negara,” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan juga harus mengambil langkah sesuai untuk memahami sebab utama kenapa golongan guru menjadi antivaksin.

“Penjelasan kepada mereka tentang kepentingan penerimaan suntikan vaksin perlu dilaksanakan supaya dapat mengubah pandangan mereka agar menerima vaksin demi keselamatan pelajar dan seluruh warga sekolah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya