Saya mahu jadi elegan seperti Grace Kelly - Utusan Malaysia

Saya mahu jadi elegan seperti Grace Kelly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Akhirnya mendirikan rumah tangga dan bergelar seorang isteri di usia 40 tahun, selebriti dan sosialit terkenal dunia, Paris Hilton, mengaku dia sentiasa mendambakan menjadi seperti Grace Kelly terutama apabila menyentuh mengenai penampilannya pada hari bahagia.

Menurut Paris, mendiang Puteri Monacco dan aktres terkenal tersebut baginya sangat jelita dan sentiasa bijak dalam menjaga penampilan sewaktu hayatnya.

“Sejak kecil, saya selalu mengimpikan sebuah perkahwinan bak dongeng. Saya berangan mahu menyarung busana yang sangat cantik, tak lapuk dek zaman dan berkonsep chic.

“Saya mengimpikan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang juga sahabat baik saya dan mempunyai jiwa dan hati yang baik dan penyayang. Saya suka sangat dengan Puteri Grace Kelly dan sering membayangkan betapa cantik, elegan dan ikoniknya beliau.

“Sejak itu, saya tahu yang diri ini memang mahu menjadi elegan sepertinya terutama di hari bahagia,”katanya.

Paris berkata demikian dalam satu hantaran yang dibuat menerusi akaun Instagramnya semalam selain berkongsi gambarnya menggayakan persalinan busana pengantin berwarna putih yang mendapat sentuhan pereka terkenal, Oscar De La Renta.

“Hari perkahwinan saya semuanya dirasakan bak magis. Semuanya berlangsung sebagaimana yang saya bayangkan.

“Oscar telah menggubah saya menjadi seorang pengantin sebagaimana yang benar-benar saya mahukan. Seperti tepatnya dalam sebuah cerita dongeng. Sebuah impian yang benar-benar menjadi kenyataan,”katanya.

Paris seperti mana yang dilaporkan media antarabangsa, telah berkahwin dengan kekasihnya, Carter Reium, 40, pada Khamis lalu.

Majlis perkahwinan tersebut diadakan dalam suasana serba mewah di Bel Air Estate, California, milik mendiang datuknya, Barron Hilton.

Sebelum Carter, Paris pernah mengikat tali pertunangan dengan tiga lelaki berbeza namun ketiga-tiga hubungan itu terputus di pertengahan jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya