SAM desak lindungi habitat pokok malabera - Utusan Malaysia

SAM desak lindungi habitat pokok malabera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan didesak segera mempertahan habitat pokok malabera yang kini semakin terancam teruk di Semenanjung Malaysia sebagai zon perlindungan khas.

Perkara tersebut disuarakan Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman menerusi hantaran kenyataan dalam akaun sosialnya, baru-baru ini.

“Setakat ini hanya satu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan iaitu Hutan Simpan Air Hitam Dalam di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang,” katanya.

Aktivis badan bukan kerajaan tersebut malah menganggarkan pada ketika ini cuma terdapat sekurang-kurangnya 0.5 hektar keluasan habitat pokok itu di seluruh Semenanjung Malaysia.

Malabera atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai cabbage tree atau nama saintifiknya, Fagrea crenulata adalah antara spesies tempatan yang banyak hidup di lokasi berpaya.

Mengulas lanjut, Meor Razak berkata, pokok malabera mudah dikenali kerana ciri-ciri berkayu saiz sederhana dan boleh tumbuh setinggi 25 sentimeter dengan ukur lilit cuma 50 sentimeter.

“Kebanyakan habitat berstatus tanah kerajaan atau tanah milik tertentu boleh ditebus guna dengan pokok ini dimusnahkan sahaja untuk pelbagai tujuan guna tanah,” katanya.

Pokok ini hidup subur di rantau Asia Pasifik termasuk Australia dan Hawaii apabila dijadikan tumbuhan landskap hiasan kawasan bandar kerana sifat bunganya mekar dan berbau harum.

Selain dijadikan ramuan perubatan tradisional dan industri kosmetik minyak wangi serta rawatan aromaterapi, buahnya digemari haiwan tertentu antaranya kasuari, keluang dan musang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya