Rumah jurutera dipecah masuk, dua kereta dilarikan perompak

Rumah jurutera dipecah masuk, dua kereta dilarikan perompak

KENDERAAN utiliti sukan (SUV), Range Rover Evouqe milik jurutera dilarikan perompak yang memecah masuk kediamannya di Kampung Meraga Beris, Kijal, Kemaman, Terengganu, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Keluarga jurutera syarikat minyak dan gas di Kampung Meraga Beris, Kijal di sini berdepan detik cemas apabila dua kenderaan mereka dilarikan perompak yang memecah masuk kediaman, semalam. 

Muhammad Hanif Hasan, 36, berkata, kejadian itu disedari isterinya, Wan Noor Rohayati Wan Razali, 36, selepas ternampak kelibat perompak keluar dari rumah, kira-kira pukul 6.30 pagi. 

Katanya, selain kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover Evouqe dan kereta Kia Rio, antara barangan lain yang dirompak ialah komputer riba, beg tangan, beberapa utas jam tangan dan dompet. 

“Semasa isteri bangun dia nampak pintu rumah terbuka, namun menyangka saya terlupa menutupnya kerana saya tidur lewat pada pukul 4.30 pagi berikutan menyiapkan beberapa tugasan.

“Ketika itu, kenderaan kami masih ada di ruangan parkir jadi isteri tidak mengesyaki apa-apa lalu terus menutupnya tanpa mengetahui penjenayah sudah berada dalam rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Hanif berkata, sebaik sahaja selesai mandi, isterinya tergamam dan menjerit apabila ternampak individu keluar dari rumah mereka sebelum terdengar bunyi kenderaan dipecut laju. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya kini giat memburu penjenayah yang dipercayai melibatkan sehingga tiga penjenayah. 

“Dalam tempoh dua minggu ini, terdapat dua kes yang sama dilaporkan di daerah ini dengan modus operandi yang sama iaitu pecah masuk rumah dan melarikan kenderaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya