fbpx

RichWorks diiktiraf dalam membantu wanita

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: RichWorks International Sdn. Bhd. dipilih sebagai rakan kerjasama dalam inisiatif Wanita Bangkit, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu golongan wanita di negara.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun, kolaborasi strategik tersebut tidak melibatkan sebarang kos kepada kementerian.

Katanya, sehingga kini 19,473 peserta telah mendaftar untuk mengikuti program Wanita Bangkit Berniaga.

“RichWorks menawarkan latihan dan bimbingan motivasi secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 – 28 November ini.

“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan ahli Parlimen Segambut-DAP mengenai jumlah perbelanjaan untuk program Wanita Bangkit di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Tambahnya, bagi wanita yang berminat boleh mendaftar di www.wanitabangkitberniaga.com. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI