Proses pengundian PRN Melaka ikut SOP - Utusan Malaysia

Proses pengundian PRN Melaka ikut SOP

PETUGAS pusat mengundi membantu warga emas ke kaunter pendaftaran di SK Durian Daun, Lendu, Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mengikut kebiasaan baharu apabila pengundi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Antaranya semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, menjalani proses saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Malah tiada peraih undi seperti mana kebiasaan mana pilihan raya sebelum ini.

Mereka terlebih dahulu perlu melakukan proses saringan di satu khemah disediakan sebelum dibenarkan masuk mengundi.

Bagi pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau oleh pegawai kesihatan. 

Pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar berjalan lancar dengan dilihat terdapat pengundi tiba awal untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran telah mula buka pada pukul 8 pagi ini bersempena PRN Melaka.

Dijangka sebanyak 476,037 pengundi akan keluar mengundi hari ini bagi memilih 28 daripada 112 calon bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Para pengundi boleh menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula 8 pagi sehingga 5.30 petang.

Proses pengundian awal telah berlangsung pada Selasa lalu apabila 89.90 peratus atau 10,390 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober seperti mana di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ia ekoran empat ADUN menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya