PETALING JAYA: Seramai 9,356 anggota dan pegawainya akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak bermula 6 Disember ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua anggota dan pegawai tersebut melibatkan kontinjen Sarawak namun Bukit Aman bersedia menambah petugas jika diperlukan.
“Polis sudah bersiap sedia dan kita tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi penugasan PRN Sarawak tidak lama lagi.
“Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai tidak cuba mencetuskan kekecohan dan mematuhi SOP untuk memastikan PRN ini berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE