PRN Melaka indikator PRU-15 - Utusan Malaysia

PRN Melaka indikator PRU-15

NOH Omar (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada syarikat Hazzara Ventures sempena Program JomXcess SME Bank Wilayah Selatan di Hotel Thistle, Johor Bahru di Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru akan menjadi indikator kepada situasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, parti sememangnya mahu mempertahankan jalinan kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) pada PRN itu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Katanya, perkara itu berlaku disebabkan perbincangan yang dilakukan sebelum ini tidak mencapai kata sepakat.

“Kita akan lihat sama ada situasi ini mendatangkan faedah kepada siapa. Kesannya, PRN Melaka ini menjadi indikator kepada PRU-15 yang akan datang.

“Kita sememangnya hendak bersama dengan MN, jadi kita kena berbagi-bagilah. Dalam kita mahu kerjasama ini, mesti ada asasnya, yang menang kena kekal, yang baki itu kena bahagi sama banyak.

“Asas perbincangan itu membabitkan agihan kerusi tersebut tidak dapat titik pertemuan. Jadi, kita tunggu dan lihat apa kesan dalam PRN di Melaka,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Jom Xcess SME Bank Wilayah Selatan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang masa depan MN yang semakin malap serta cabaran yang dihadapi pada PRN Melaka.

Pada 25 Oktober lalu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dilaporkan berkata mahu mempertahankan jalinan kerjasama dengan Pas di dalam MN pada PRN Melaka.

Beliau berkata, hal itu kerana kedua-dua parti sudah memeterai piagam membentuk kerjasama mengembangkan naratif Islam dan Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebelum ini.

PRN Melaka menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita (Selangor) memang hendak MN untuk tunjukkan perpaduan ummah tapi nampaknya di Melaka tidak tercapai hasrat itu. Jadi, tidak boleh dielakkan daripada berlakunya pertembungan.

“Keputusan MT yang diberikan mandat memang hendak berunding, tapi bila berunding mestilah ada asasnya. Saya difahamkan rundingan dibuat tak capai kata sepakat,” jelas Noh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya