Polis kesan pemandu Kancil lawan arus di plaza tol Juru - Utusan Malaysia

Polis kesan pemandu Kancil lawan arus di plaza tol Juru

TANGKAP layar rakaman video sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dikesan memandu secara melawan arus berhampiran kawasan plaza tol Juru di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara yang videonya tular di dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang memandu secara melawan arus berhampiran kawasan plaza tol Juru di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini yang videonya tular dalam media sosial. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.17 pagi semalam. 

Katanya, rakaman video berdurasi tiga minit itu ditularkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira pukul 9.05 pagi ini. 

“Rakaman itu menunjukkan kereta tersebut dipandu secara melawan arus bermula pada minit pertama. 

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan pemandu kereta tersebut dan polis memohon pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, orang awam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ami Syuqri di talian 013-4194072 atau 04-5382222 bagi membantu siasatan. 

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.