Perlu dasar susulan bimbing pemimpin belia - Mohamad - Utusan Malaysia

Perlu dasar susulan bimbing pemimpin belia – Mohamad

MOHAMAD Hasan (tengah) dan Mohd. Fairos (kiri) bersama penerima-penerima anugerah utama pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan perlu merangka satu dasar susulan bagi membimbing pemimpin-pemimpin belia ekoran pelaksanaan umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan golongan tersebut.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dasar susulan ekoran keputusan tersebut penting bagi memastikan pemimpin-pemimpin belia tidak lagi berdepan  kesukaran dalam menjalankan peranan mereka.

“Kita tidak boleh lepas begitu sahaja, umur 30 tahun ini merupakan umur mahu membina kerjaya, jadi di peringkat ini mereka memerlukan lagi bimbingan.

“Ini supaya selari dengan dasar kerajaan yang mesra belia, yang mahu lihat belia berdikari dapat dijelmakan dengan mereka membimbing dan bersama dengan kepemimpinan belia.

“Bukan kita buat keputusan kemudian kita tinggalkan, ini akan menyebabkan belia terkial kial dan mereka terpaksa bertahan sendiri,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau dan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Daerah Seremban berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan di Bandar Sri Sendayan di sini semalam.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNNS), Mohd. Fairos Rusli turut menggesa supaya KBS dapat mengkaji semula mengenai keputusan berkenaan.

Jelas beliau, keputusan KBS itu seharusnya terlebih dahulu mengambil kira pandangan pertubuhan belia dan beberapa faktor lain.

“Kami melihat persatuan belia pada semua peringkat termasuk di Negeri Sembilan masih memerlukan tempoh bagi transisi peralihan kepemimpinan daripada 40 tahun kepada 30 tahun. Penurunan had umur belia tanpa perancangan teliti bakal merencatkan pertumbuhan dan aktiviti berpersatuan dalam kalangan belia hari ini,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum ini mengumumkan pelaksanaan umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia akan berkuat kuasa bermula 1 Januari ini.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya