Penolong kanan SMK Ubai maut motosikal kuasa tinggi terbabas di LPT2 - Utusan Malaysia

Penolong kanan SMK Ubai maut motosikal kuasa tinggi terbabas di LPT2

KEADAAN motosikal berkuasa tinggi milik Sohaimi Karim selepas terbabas di susur selekoh kawasan rehat dan rawat (R&R) Ajil di Kilometer 411.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai di Pekan, Pahang maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di susur selekoh kawasan rehat dan rawat (R&R) Ajil di Kilometer 411.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa, Sohaimi Karim, 54, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Hulu Terengganu akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa yang menunggang sendirian motosikal jenis Suzuki GSR 750 itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pekan dari arah Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Katanya, nahas berlaku apabila motosikal guru berkenaan tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui susur selekoh ke R&R sebelum melanggar pembahagi jalan hingga tercampak ke kawasan berumput.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu, namun dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.44 petang semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya