Pengurus wanita hilang RM50,000 ditipu 'pegawai bank' - Utusan Malaysia

Pengurus wanita hilang RM50,000 ditipu ‘pegawai bank’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Cemas dengan panggilan ‘pegawai bank’ mengakibatkan seorang pengurus wanita sebuah syarikat menjadi mangsa macau scam dan kerugian RM50,000.

Dalam kejadian kira-kira 1.57 petang semalam, pengurus berusia 49 tahun yang bekerja di kawasan Patau-Patau, di sini menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa pegawai bank HSBC.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Jawila berkata, individu yang mendakwa dirinya pegawai bank memaklumkan kad kredit atas nama mangsa mempunyai transaksi sebanyak tiga kali berjumlah RM 15,991.

AHMAD JAWILA

Walau bagaimanapun, mangsa menafikan perkara tersebut dan menyatakan tidak memiliki kad kredit bank HSBC.

“Namun, wanita berbangsa Visaya itu diarahkan untuk membuat pengesahan bagi mengemas kini akaun bank dan terus sahaja memberikan maklumat peribadinya.

“Panggilan mangsa disambung kepada seseorang yang didakwa pegawai Bank Negara dan seterusnya bercakap dengan seorang lagi individu lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor daripada Bukit Aman yang mendakwa mengendalikan kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Curiga dengan situasi itu, mangsa menghubungi pihak AM bank dan bertanya tentang akaun bank miliknya dan mangsa terkejut apabila dimaklumkan wang berjumlah RM50,000 telah dipindahkan daripada akaun mangsa.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Ahmad menasihatkan masyarakat agar tidak mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan melalui telefon atau media sosial kepada individu tidak dikenali.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan dalam aplikasi Check Scammers CCID jika dihubungi nombor telefon tidak dikenali.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya