Pengurus minta rasuah tutup mulut kes kematian Covid-19 direman  - Utusan Malaysia

Pengurus minta rasuah tutup mulut kes kematian Covid-19 direman 

SEORANG pengurus syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi permohonan reman oleh SPRM berhubung tindakan meminta rasuah hampir RM1 juta untuk tawar perlindungan. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan ditahan reman lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berjumlah hampir RM1 juta untuk ‘menutup mulut’ kematian seorang pekerja asing akibat Covid-19.

Perbuatan suspek dipercayai dilakukan antara Julai hingga September tahun ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali  selepas membenarkan permohonan Suruhnajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pukul 5 petang semalam sebelum dibawa untuk tahanan reman hari ini.

Katanya, lelaki itu bekerja sebagai pengurus syarikat kawalan keselamatan dan mula menjaga kilang terbabit pada 2010.

“Suspek disyaki meminta rasuah berjumlah RM800,000 secara tunai dan online bagi menutup mulut kerana pekerja asing di kilang tersebut mati akibat Covid-19.

“Suspek juga dipercayai meminta wang tambahan RM120,000 daripada pemilik syarikat kononnya untuk diberikan kepada pihak berkuasa supaya tidak mengambil tindakan menggaji pekerja tanpa permit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya