[PARLIMEN] 85 peratus murid hadir ke sekolah sejak 3 Oktober lalu - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] 85 peratus murid hadir ke sekolah sejak 3 Oktober lalu

DR. RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pembukaan sekolah sejak 3 Oktober lalu menunjukkan perkembangan positif apabila lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, dengan peratusan tersebut, ia mencatatkan sebanyak 10,060 sekolah sedang beroperasi di seluruh negara membabitkan lebih 4.38 juta murid.

“Trend kehadiran ini menunjukkan pembukaan sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.

“Pembukaan semula sekolah secara bersemuka ini juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

“Kementerian Pendidikan sentiasa komited untuk terus memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) meminta kerajaan menjelaskan mengenai perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat pada 3 Oktober lalu dan bagaimana penerimaan guru, murid serta ibu bapa secara umumnya mengenai pembukaan sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.