Nahas pesawat TUDM: 2 juruterbang sempat keluar guna kerusi anjal  - Utusan Malaysia

Nahas pesawat TUDM: 2 juruterbang sempat keluar guna kerusi anjal 

ALLAHYARHAM MOHAMAD AFFENDI BUSTAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM:  Polis mengklasifikasikan kematian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, sebagai kes mati mengejut dan siasatan terperinci berhubung nahas pesawat Hawk 108 itu masih dijalankan. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, berdasarkan maklumat oleh pakar perubatan forensik, punca kematian juruterbang berkenaan adalah disebabkan pelbagai kecederaan yang konsisten dengan nahas udara. 

Ketika ini, katanya, siasatan terperinci masih dijalankan manakala keterangan daripada seorang lagi juruterbang yang terselamat, Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, belum diperoleh kerana beliau sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). 

Jelasnya, siasatan awal mendapati pesawat BAE Hawk TUDM yang dikendalikan dua juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Pangkalan Udara Butterworth untuk melaksanakan latihan ‘night flying’ (penerbangan malam). 

“Ia dilaksanakan di ruang udara pengkalan udara tersebut dan sesi latihan itu dikatakan berlangsung selama satu jam.

“Pada pukul 10.07 malam, pesawat tersebut dilaporkan terhempas di atas lapangan terbang Pangkalan Udara Butterworth dan menyebabkan letupan. 

“Kedua-dua juruterbang tersebut sempat keluar daripada pesawat menggunakan kerusi anjal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

RAMLI Din (depan) memukul gong sebagai tanda simbolik perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis perasmian Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah yang disempurnakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya