MSC 2.0 perluas ekonomi digital - Utusan Malaysia

MSC 2.0 perluas ekonomi digital

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama-sama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan memacu pembangunan MSC 2.0 untuk melonjakkan ekonomi digital negara serta menarik lebih banyak pelaburan digital.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, MSC Malaysia adalah salah satu tonggak utama ekonomi digital negara dan ditubuhkan pada 1996 untuk membangunkan ekosistem ekonomi digital yang kondusif menerusi pemupukan juara ICT tempatan dan menarik pelaburan global. 

Katanya, inisiatif ini membantu mempromosikan adaptasi digital di Malaysia dan meningkatkan jumlah bakat berkemahiran negara. 

 “Sejak 25 tahun lalu, MDEC menerusi inisiatif MSC Malaysia telah membantu negara meraih RM384 bilion pelaburan dan RM588 bilion jumlah pendapatan. 

“Ia telah dipacu oleh 40 buah syarikat berstatus Forbes100 yang telah menjadikan Malaysia sebagai digital hab mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Annuar berkata, menerusi objektif untuk melonjakkan ekonomi digital Malaysia, MSC 2.0 bertujuan untuk mengembangkan sektor fokus digital ke seluruh negara dan memangkinkan bidang pembangunan baharu untuk menjana pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN