MK, Sophia bercinta? - Utusan Malaysia

MK, Sophia bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip baru sahaja membaca kenyataan MK berhubung soalan berumahtangga. Katanya, dia sendiri masih kelam kabut mengurus hidup sendiri, macam mana mahu mengurus hidup orang lain pula kan. Pening kepala tau!

Tapi selang sehari, ada kawan Poklip menyampai dakwaan kononnya MK sebenarnya sedang hangat bercinta dengan penyanyi dan pengacara, Sophia. Wow, betul ke? Terkejut juga Poklip mendengar dakwaan itu.

Yalah, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba ada orang dakwa mereka bercinta. Mereka berdua pun memang jarang berkongsi hal peribadi di media sosial, jadi kalau susah nak hidu.

Jadi Poklip pun tanyalah, macam mana si polan itu tahu. Rupanya, dakwa kawan Poklip dia ada menghadiri sebuah konsert baru-baru ini. Dalam gema lagu dan gelap cahaya, dia ternampak kelibat persis MK dan Sophia.

Mereka dikatakan menghadiri konsert dan kelihatan mesra sekali. Lagak seperti orang sedang bercinta. Tetapi kawan Poklip dakwa, hanya nampak seperti wajah mereka berdua.

Dalam dunia ini pun ramai orang muka persis kita. Sebab itu nak sahihkan pun susah. Sebab takut juga kalau tersalah orang kan. Tak pasal-pasal, Poklip yang kena. Aib tau!

Tapi kalau betul pun mereka bercinta, apa salahnya. Dua-dua masih single. Bukan isteri atau tunangan orang, jadi tak salah jika bercinta. Mereka pun kalau Poklip tengok memang sepadan.

Seorang kacak bergaya, seorang lagi cantik manis. Memang merpati dua sejoli lah kalau duduk di pelaminan. Eh jauh pula imaginasi Poklip kan! Apa pun cuma nak tanya, betul ke MK dan Sophia bercinta? Gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN