Mangsa banjir di Kedah catat penurunan  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kedah catat penurunan 

DUA penduduk mengambil kesempatan memasang pukat untuk menangkap ikan di kawasan sawah mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Tebuan, Mukim Tajar, Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan apabila seramai 247 mangsa daripada 65 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah hingga pukul 8 pagi ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, jumlah mangsa di dua PPS di daerah Pendang juga mencatatkan penurunan.

“Seramai 100 mangsa daripada 24 keluarga di tempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 51 mangsa daripada 17 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, di daerah Kubang Pasu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau masih menempatkan 21 mangsa daripada empat keluarga.

“PPS SK Kampung Tradisi, Lebah Keriang mencatatkan penurunan jumlah mangsa apabila seramai 75 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN