Mangsa banjir berkurangan 500 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir berkurangan 500 orang

SEORANG mangsa banjir, Muhammad Syarifuddin Ismail bersantai di atas pelampung di hadapan rumahnya di Taman Tanjung Bendahara, Alor Setar hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir terus berkurangan apabila seramai 500 mangsa daripada 132 keluarga direkodkan setakat pagi ini berbanding 679 mangsa daripada 176 keluarga pada semalam.

Dua daerah terjejas dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di Pendang dan empat di Kota Setar.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, setakat pagi ini, pengurangan jumlah mangsa direkodkan di Pendang.

“Seramai 170 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 81 mangsa daripada 25 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, empat lagi PPS di daerah Kota Setar juga mencatatkan pengurangan jumlah mangsa.

“Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah dengan 25 mangsa daripada lima keluarga, 25 mangsa daripada enam keluarga di PPS SK Convent.

“PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dengan 134 mangsa daripada 37 keluarga dan 65 mangsa daripada 16 keluarga di PPS SMK Simpang Kuala,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN