Man U berjaya keluar 'gua' - Utusan Malaysia

Man U berjaya keluar ‘gua’

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo melakukan tandukan dengan pertahanan Villarreal, Pau Torres (kanan) cuba menghalangnya dalam saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Ceramica, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VILLARREAL, Sepanyol: Beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dilakukan Michael Carrick nyata membuahkan hasil apabila Manchester United berjaya melakar kemenangan dalam Kumpulan F sekali gus mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik kempen Liga Juara-Juara.

Meletakkan Bruno Fernandes di bangku simpanan, menukar posisi Cristiano Ronaldo di sayap kiri, manakala posisi penyerang tengah diberikan kepada Anthony Martial menyaksikan The Red Devils berjaya menundukkan Villarreal 2-0.

Ronaldo membuka jaringan United pada minit ke-78, iaitu gol keenamnya dalam Liga Juara-Juara musim ini dan ke-10 keseluruhan dan Jadon Sancho melengkapkan kemenangan bergaya Red Devils.

Keputusan itu, cukup bermakna buat Carrick apabila menjadi pengurus Inggeris pertama yang memenangi perlawanan pertamanya ketika mengendalikan United sejak pencapaian Walter Crickmer pada 1931, dan bekas pemain tengah itu nyata gembira dengan semangat juang dipamerkan anak buahnya.

“Bagi saya ia adalah cara terbaik untuk menang. Kami perlu menunjukkan beberapa karakter, bekerja keras dan terus berjuang.

“Rentak awal kelihatan seperti tidak akan memihak kepada kami tetapi selepas rehat, kami kembali bermain sebagai satu pasukan dan ia menghasilkan impak besar.

“Itu sahaja yang saya boleh harapkan iaitu barisan pemain memberikan segala-galanya. Fred beraksi dengan hebat dengan memenangi bola, itu yang kami harapkan daripadanya. Apabila Ronaldo mendapat peluang seperti itu, dia akan menyudahkannya.

“Jaringan Sancho cukup baik. Saya tahu dia gemar bola berada di kakinya dan akan cuba untuk melakukan sesuatu. Ia bukan perlawanan mudah, apatah lagi lawan kami adalah pasukan yang kuat. Saya fikir, pemain-pemain memberikan segala-galanya,” jelas Carrick.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan F menyaksikan Young Boys terikat 3-3 dengan Atalanta. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.