LOS ANGELES: Empat artis menarik diri daripada membarisi persembahan konsert jelajah Loop Ed Sheeran susulan pengguguran rapper terkenal, Macklemore.
Antara yang mengambil keputusan tersebut adalah penyanyi kelahiran Ireland, Aaron Rowe dan Beoga, Lukas Graham (Denmark) dan penyanyi asal Amerika Syarikat (AS), Lukas Graham dan Finneas.
“Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan menarik diri dari konsert berkenaan.
“Ed Sheeran merupakan sahabat yang mengubah hidup saya. Saya berterima kasih kepada beliau atas peluang ini.
“Tetapi sebagai rakyat Ireland, saya tidak boleh melihat, apatah lagi membiarkan golongan kaya menggunakan pangkat dan kedudukan untuk menghalang mereka yang bercakap tentang pembunuhan lebih-lebih lagi kanak-kanak yang dilakukan Israel,” kata Aaron di Instagram.
Macklemore digugurkan selepas melaungkan ‘bebas Palestine’ di konsert berkenaan.
Graham dalam perkongsiannya di Instagram menyifatkan tindakan menggugurkan Macklemore sebagai satu sekatan terhadap kebebasan bersuara.
“Kita sepatutnya diberi kebebasan untuk bercakap tentang perang, tentang orang awam yang dibunuh, tentang kanak-kanak yang berhak hidup aman,” ujarnya.
Sementara itu Finneas menyatakan solidariti demi bumi Palestin.
“Artis tidak sepatutnya dihalang apabila mereka bercakap tentang penindasan. Saya bersama Palestin dan rakyatnya,” ujarnya. – UTUSAN









