Lelaki tipu jual PS5 ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki tipu jual PS5 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang memperdaya hampir 150 pembeli melalui pra tempahan konsol permainan PlayStation 5 (PS5) sehingga rugi kira-kira RM500,000 ditahan polis kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, lelaki berusia 23 itu ditahan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes penipuan berkenaan.

“Saya sahkan, suspek seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira pukul 12 tengah hari.

Turut dirampas kad sim, kad bank dan telefon bimbit milik suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan hampir 150 pembeli konsol permainan PlayStation 5 (PS5) kerugian kira-kira RM500,000 selepas diperdaya individu yang membina reputasi sebagai ‘penjual dipercayai’ atau trusted seller sebelum melarikan diri bersama wang berkenaan.

Malah penjual terbabit turut memiliki syarikat didaftarkan atas namanya bagi menambah keyakinan pelanggan.

Semakan terhadap nombor daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dikaitkan dengan penjual berkenaan mendapati sijil daftar perniagaan itu dimiliki oleh seorang lelaki berusia 23 tahun dengan alamat daftar di Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.