fbpx

Lelaki ‘pukau’ juruwang larikan RM400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Polis memburu seorang lelaki disyaki melarikan wang sebanyak RM400 daripada seorang juruwang yang mendakwa dirinya seperti dipukau dalam kejadian di sebuah pasar raya di Kuala Nerang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan dan memperdaya seorang juruwang berusia 19 tahun, kononnya mahu membuat pertukaran wang.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, mangsa didatangi suspek yang membawa wang tunai berjumlah RM600 dan bertanya jika boleh menukarnya dengan wang kertas RM10 bagi keseluruhan jumlah itu.

Kata beliau, mangsa kemudian bersetuju dan memberikan tukaran wang berkenaan tanpa sedar turut memberi lebihan sebanyak RM400.

“Mangsa mendakwa tidak sedar sehingga suspek keluar menuju ke kenderaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, beberapa minit kemudian mangsa mula sedar dan membuat pengiraan semula wang di mesin dan menyedari wang tidak mencukupi selain sempat merakam suspek memasuki kereta.

“Mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang semalam. Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI