Lelaki ditahan dipercayai terlibat kes samun - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan dipercayai terlibat kes samun

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyamun dua individu dalam kejadian di Hulu Selangor pada Selasa lalu.

Penahanan itu susulan laporan dibuat mangsa kira-kira pukul 12.03 pagi di Balai Polis Serendah, Hulu Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dan rakannya berusia 18 tahun bertemu dengan seorang wanita yang baru dikenali kira-kira pukul 11.30 pagi hari sebelum kejadian berhampiran rumah wanita berkenaan.

Beliau berkata, ketika kejadian,  terdapat seorang lelaki yang mendakwa bapa saudara kepada wanita berkenaan dan menuduh mangsa melakukan perkara yang tidak baik kepada anak saudaranya itu.

“Suspek kemudiannya bertindak memukul mangsa dan rakannya serta merampas telefon milik mangsa. 

“Dia mengugut mangsa dan rakannya agar menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 serta mengugut merampas motosikal milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arsad berkata, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan di kepala dan perut akibat dipukul suspek.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN