Ladang Tembangau 7 di Pahang kena PKPD - Utusan Malaysia

Ladang Tembangau 7 di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lagi estet pertanian milik syarikat Felda Global Ventures (FGV) di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, PKPD sehingga 4 Disember depan itu melibatkan Ladang FGV Tembangau 7 dalam Daerah Bera.

Pelaksanaan di lokaliti tunggal itu ujar beliau, hasil susulan daripada penilaian risiko dan trend jangkitan wabak Covid-19 di kawasan tersebut oleh pihak Kementerian Kesihatan sendiri.

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, sejumlah kumulatif tujuh kes positif pandemik tersebut dilaporkan di kawasan ini sejak 13 November lalu hingga semalam.

Bagaimanapun penularan berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kluster walaupun kawasan berjiran iaitu Felda Tembangau 1, 3 dan 6 turut melaporkan jangkitan wabak tersebut.

Kawasan berpenduduk di situ hanya merangkumi sekitar 234 hektar manakala estet kelapa sawit pula berkeluasan 2,226 hektar dengan pengeluaran hasil 17,672 tan metrik setiap tahun.

Rodzi namun memaklumkan, tiada kawasan sedia ada yang akan disambung lagi PKPD selain tidak ada juga lokaliti yang ditamatkan sekatan pergerakan secara bersasar itu pada esok.

Sebelum ini, sebuah lokaliti milik FGV di negeri berkenaan pernah diwartakan PKPD iaitu Ladang Mengkarak 1 dalam daerah yang sama bermula 12 November sehingga 25 November.

Bulan lepas pula, dua buah lokaliti syarikat itu di daerah sama turut dikenakan PKPD iaitu Ladang Bera Selatan 5 dan Ladang Bera Selatan 7 sejak 6 Oktober sehingga 14 Oktober.

PKPD melibatkan ketiga-tiga lokaliti berkenaan disebabkan kluster pekerja warga asing yang bergejala sebelum menjangkiti pula ramai petugas perladangan sebagai kontak rapat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya