Kluster tempat kerja kembali penyumbang terbanyak - Utusan Malaysia

Kluster tempat kerja kembali penyumbang terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu tiga daripada lima kluster Covid-19 hari ini, diikuti satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan Titiwangsa, Kuala Lumpur; Kuantan, Pahang dan Batu Pahat, Johor.

“Satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Kota Bharu, Kelantan manakala satu kluster institusi pendidikan kementerian berkenaan di Raub, Pahang.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 411 kluster manakala 5,365 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,626 kes berbanding semalam, 4,979 kes sekali gus diatasi 5,299 kes sembuh.

Selain itu katanya, sebanyak 569 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 301 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 94 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 4,532 kes (98.0 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 36 kes berbanding kelmarin, 44 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,912 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tujuh daripada empat kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,846 kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN