PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City bermain seperti tiada masalah biarpun tanpa kehadiran penonton apabila mengikat Melaka United 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, sebentar tadi.
Tuan rumah menerima kejutan seawal minit ke-8 selepas sepakan bebas pemain import Brazil, Adriano menewaskan Kevin Ray Mendoza, sekali gus meletakkan Melaka di depan.
8' GOL | Sepakan percuma Adriano menewaskan Kevin Ray Mendoza untuk gol pendahuluan di Cheras!@KLCityFootball 0-1 @MelakaUnitedFC #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/ugWhjvgoLn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 22, 2021
Begitupun, skuad bimbingan Bojan Hodak bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Zhafri Yahya yang menanduk masuk hantaran kapten, Paulo Josue pada minit ke-26.
26' GOL | Tandukan Zhafri Yahya mengikat kedudukan di Cheras!@KLCityFootball 1-1 @MelakaUnitedFC #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/51vrPuReol
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 22, 2021
Keputusan seri 1-1 bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras meskipun kedua-duanya berbalas serangan di babak kedua.
KL City terpaksa bermain dengan stadium kosong selepas penyokong mereka menceroboh padang apabila The City Boys layak ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 29 tahun, Khamis lalu.

Keputusan tersebut sekurang-kurangnya memberikan bekalan kelebihan untuk Melaka dalam aksi timbal balik di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.

Sebagai rekod, Melaka belum pernah melangkah ke pentas akhir dalam kejohanan berprestij tersebut yang kini memasuki edisi ke-100.