Kes D. Nagaenthran disambung semula selepas pulih daripada Covid-19 - Utusan Malaysia

Kes D. Nagaenthran disambung semula selepas pulih daripada Covid-19

D. Nagaenthran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mengesahkan bahawa kes D. Nagaenthran disambung semula selepas tertuduh pulih daripada jangkitan Covid-19.

Ini setelah tertuduh disahkan positif Covid-19, selepas menjalani saringan pada 8 November dan kini dalam kuarantin.

Pada masa sama, SPS telah memaklumkan kepada keluarganya dan akan terus memberikan sokongan diperlukan.

“Oleh sebab itu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan kehakiman berkuat kuasa serta-merta sehingga semua prosiding tertangguh diselesaikan.

“Nagaenthran akan menerima rawatan perubatan dan prosiding disambung semula pada tarikh yang ditetapkan, selepas Nagaenthran pulih.

“Nagaenthran sihat dan tanpa gejala. Dia tidak melaporkan sebarang penyakit sebelum perbicaraan mahkamahnya. Dia tidak divaksin kerana dia telah memilih untuk tidak menerima sebarang vaksin Covid-19,” menurut SPS dalam kenyataan.

SPS turut menjelaskan, beberapa banduan dan kakitangan dari Institusi A1, juga telah disahkan positif Covid-19, bangunan yang menempatkan Nagaenthran.

“Unit perumahan yang terjejas di Institusi A1 telah dikenakan sekatan pergerakan untuk mengelakkan penularan virus itu.  Nagaenthran hanya mempunyai kontak rapat dengan dua kakitangan yang telah diuji positif.

“Disebabkan jumlah kes dalam komuniti ini, lebih banyak kes mungkin  muncul di penjara juga dan SPS telah mengambil langkah untuk memastikan keadaan terus terkawal,” katanya.

Sehingga 7 November 2021, 97 peratus banduan yang layak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dan 90 peratus  melengkapkan kedua-dua dos, dengan 99.5 peratus kakitangan telah melengkapkan kedua-dua dos vaksinasi.

Justeru, SPS memberi jaminan bahawa kesihatan dan keselamatan penghuni, kakitangan dan pelawat akan terus dipelihara.

“Kakitangan dan mana-mana pihak yang memasuki fasiliti penjara mesti menjalani ujian saringan dua kali seminggu, manakala kakitangan luar yang memasuki penjara secara ad-hoc dikehendaki menjalani ujian sebelum memasuki kawasan penjara,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya