Kehilangan tujuh kanak-kanak bukan diculik - Utusan Malaysia

Kehilangan tujuh kanak-kanak bukan diculik

RAMLI MOHAMED YOOSUF (kiri) menunjukkan antara kaedah penipuan yang dilakukan suspek terhadap mangsa jenayah komersial di IPK Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tujuh kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang daripada sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini, kelmarin bukan diculik sebaliknya melarikan diri.     

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, usaha mencari mereka yang berusia antara 12 tahun sehingga 15 tahun sedang giat dilakukan. 

“Siasatan awal mendapati salah seorang rakan kanak-kanak itu menyedari kehilangan sekumpulan rakannya dan melaporkan perkara itu kepada pihak yang bertugas di rumah terbabit. 

“Kita berharap orang ramai yang ternampak kumpulan kanak-kanak yang mencurigakan agar menghubungi polis dan kita percaya kanak-kanak berkenaan tidak dapat pergi jauh kerana mereka lapar dan perlu mencari makanan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut Ramli, berdasarkan siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah atau penculikan dalam kejadian tersebut dan polis masih menyiasat motif kanak-kanak berkenaan melarikan diri.

Menurutnya, polis juga belum jelas bagaimana kumpulan kanak-kanak berkenaan dapat meloloskan diri daripada pengawasan pihak penyelia rumah perlindungan berkenaan.   

“Demi keselamatan mereka kita harap tujuh kanak-kanak lelaki itu akan pulang, mereka mungkin bersembunyi di suatu tempat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya