Keadaan Osman Sapian stabil, namun belum pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Keadaan Osman Sapian stabil, namun belum pulih sepenuhnya

OSMAN SAPIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd. Solihan Badri memaklumkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berada dalam keadaan stabil.

Menurut Mohd. Solihan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu bagaimanapun masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya dimaklumkan oleh keluarganya bahawa beliau masih belum pulih sepenuhnya dan belum dapat menggerakkan anggota badan.

“Beliau masih perlu mengambil masa untuk mendapatkan rawatan dan kini sedang dirawat di Hospital Serdang,” katanya dalam sidang akhbar berhubung status kemajuan projek naik taraf Persimpangan Bertingkat Kempas, di sini hari ini.

Pada 13 Oktober lalu, Osman, 70, dilaporkan menghadapi serangan angin ahmar di kediaman beliau sehingga perlu dikekalkan ke hospital.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam itu dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN