PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Selayang di sini pagi tadi.
Pihak polis kini berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kejadian itu. – UTUSAN ONLINE










