Kakitangan hospital, ahli farmasi tertipu pinjaman tidak wujud

Kakitangan hospital, ahli farmasi tertipu pinjaman tidak wujud

HO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Dua individu di daerah ini terpaksa berputih mata apabila hasrat mereka untuk membuat pinjaman peribadi lebur apabila tertipu dengan pinjaman tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kes pertama membabitkan kakitangan hospital kira-kira pukul 10.48 pagi pada 3 November lalu.

Jelasnya, mangsa berminat membuat pinjaman peribadi berjumlah RM20,000 daripada sebuah institusi kewangan dan menghantar pesanan WhatsApp kepada seorang wanita bernama Jenifer Wong di nombor 019-6537438.

Pada malamnya, mangsa iaitu lelaki berusia 39 tahun telah memindahkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor akaun 1312541100020035 di atas nama Henry Fung untuk proses ‘scoring’ dan kemudian sebanyak serta memindahkan lagi wang sebanyak RM2,000 pada malam yang sama untuk proses seterusnya. 

“Mangsa memindahkan wang lagi ke nombor akaun yang sama atas pelbagai urusan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM6,000. Mangsa berasa tertipu kerana telah diminta membayar sebanyak RM2,000 lagi untuk membuka akaun dan segera membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, semakan menerusi Commercial Crime Intelligence System (CCIS), akaun penipuan berkenaan telah mempunyai rekod jenayah penipuan sejak 2 November dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, mangsa kedua pula membabitkan seorang ahli farmasi yang mengalami kerugian sebanyak RM2,589 setelah tertarik dengan iklan pinjaman peribadi di Google dengan nama Syarikat Great Profits Resources beralamat di Klang, Selangor, 4 November lalu.

“Mangsa telah menghubungi seorang wanita melalui WhatsApp di nombor telefon 011-21108013 atas nama Nurliyana Syafika Sabri untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM5,000. 

“Pada hari yang sama, mangsa telah diarahkan untuk memasukkan wang sebanyak RM489 ke nombor akaun 155041750763 di atas nama Mohammad Radzi. 

“Kemudiannya mangsa telah diarahkan untuk memasukkan lagi wang dan mula berasa tidak sedap hati lalu membuat semakan di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID). Mangsa kemudian telah diugut oleh suspek,” katanya.

Jelas Chang Hook, ,angsa kemudian telah datang ke balai polis untuk membuat laporan kerana bimbang terjadi hal yang tidak diingini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN