UniSZA terajui tiga Pusat Kecemerlangan baharu

UniSZA terajui tiga Pusat Kecemerlangan baharu

FADZLI ADAM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  memperkukuh peranannya dalam pendidikan Islam kontemporari menerusi penubuhan tiga Pusat Kecemerlangan (CoE) baharu yang memfokuskan kepada teknologi pintar, pembangunan halal dan kewangan sosial Islam.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, tiga pusat tersebut ialah Artificial Intelligence Research Centre for Islam and Sustainability (AIRIS), Pusat Penyelidikan Halal (HRC) dan Pusat Penyelidikan Kewangan Sosial Islam (ISF).

Katanya, penubuhan pusat berkenaan adalah sebahagian daripada strategi universiti untuk memperkasa Maqasid al-Shariah serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menerusi pendekatan teknologi, kelestarian serta pembangunan komuniti.

“AIRIS menjadi peneraju penyelidikan kecerdasan buatan (AI) Islamik antaranya membangunkan chatbot Fas’alu yang menyediakan maklumat Islamik sahih dalam bahasa semula jadi. Pusat ini menjadi platform strategik menghimpunkan penyelidik, pelajar dan industri untuk membangunkan teknologi pintar yang selari dengan prinsip syariah dan kelestarian,” katanya hari ini. 

Menurut beliau, HRC bukan sahaja mengutamakan keselamatan makanan dan pematuhan agama tetapi menekankan pemeliharaan alam sekitar serta keadilan ekonomi. 

Katanya, ISF pula ditubuhkan bagi menerajui penyelidikan dalam bidang zakat, wakaf, mikro takaful dan kewangan sosial Islam menerusi model yang inklusif dan mampan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×