Kaji impak pemindahan ibu negara Indonesia terhadap Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Kaji impak pemindahan ibu negara Indonesia terhadap Sabah, Sarawak

MAXIMUS Ongkili bersama Mustapha Mohamed semasa mempengerusikan mesyuarat pertama Pasukan Petugas Bersama di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Bersama ditubuhkan bagi merancang strategi berkesan untuk pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak selaras dengan rancangan Indonesia memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan.

Justeru, kertas kerja berkaitan sedang dirangka untuk melihat impak pembangunan sempadan di Sabah dan Sarawak dalam jangka panjang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pasukan petugas itu akan mengkaji kesan pemindahan ibu negara Indonesia serta impak pembangunan yang akan berlaku di Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

“Pasukan petugas ini merupakan kerjasama antara kami dan Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), yang dipengerusikan oleh Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya sendiri,” katanya selepas mesyuarat pertama Pasukan Petugas Bersama, hari ini.

Maximus berkata, pasukan itu juga akan meneliti aspek lain seperti pelancongan, pertukaran budaya, pendidikan dan pelancongan kesihatan.

Di samping itu, isu berkaitan keselamatan di sempadan dan penubuhan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di semua pintu masuk antara kedua-dua negara akan turut dibincangkan.

Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, penubuhan pasukan petugas itu dilakukan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan wakil rakyat lain membangkitkan isu dan kebimbangan mereka mengenai cadangan pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.

“Kami sedang merangka kertas kerja mengenai isu itu dan akan bertemu semula pertengahan bulan hadapan.

“Ia sebagai persediaan untuk mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang membabitkan kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak dalam merangka strategi pembangunan sempadan jangka panjang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya