JPN Perak puas hati persediaan buka sekolah - Pengarah

JPN Perak puas hati persediaan buka sekolah

MOHD. Suhaimi Mohamed Ali menandatangani plak perasmian pejabat baharu KGSM Bhd. dan penyerahan sumbangan CSR di Ipoh, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berpuas hati terhadap komitmen yang diberikan oleh pihak sekolah di negeri ini bagi persediaan pembukaan sekolah Isnin depan. 

Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali berkata, berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan setakat ini, JPN Perak berpuas hati terhadap persediaan yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi pembukaan sekolah 22 November depan. 

“Semua sekolah telah bersedia untuk beroperasi semula dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perasmian Pejabat Baharu Koperasi Guru-Guru Sekolah Malaysia (KGSM) Berhad (Bhd.) dan Penyerahan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KGSM Bhd., di sini hari ini. 

Turut Hadir sama, Pengerusi KGSM, Muslim Ahmad.

Mohd. Suhaimi berkata, semua warga sekolah terutamanya para pelajar dan guru dinasihati agar menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Saya percaya semua pengurusan sekolah sedar dan peka dalam perkara ini dan mereka dapat memastikan pelaksanaan SOP ini dipatuhi sebaiknya,” katanya.

Mohd. Suhaimi berkata, JPN Perak telah mengedarkan lebih 5,000 bantuan bakul makanan kepada keluarga pelajar yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 yang lalu.

Menurutnya, bantuan itu diselaraskan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan jabatan kerajaan lain dengan sebahagiannya adalah hasil sumbangan alumni sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta koperasi guru. 

“Kita telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu murid-murid yang terkesan ini terutama dari segi bantuan makanan, peranti seperti telefon pintar dan tablet serta penyediaan modul latihan,” katanya. 

Menurut Mohd. Suhaimi, program itu dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak yang ada kepentingan dalam pendidikan seperti koperasi ini ditadbir oleh guru-guru yang hebat. 

Dalam majlis itu, KGSM telah menyumbang bantuan kewangan RM500 kepada 12 sekolah terpilih bagi menyokong dana PIBG. 

Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Perak bermula 22 November ini mengikut ketetapan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengoperasiannya melibatkan kehadiran murid Darjah  satu hingga enam di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan satu hingga Tingkatan empat di sekolah menengah.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya