JPJ sumbang RM4.2 bilion hasil kepada negara tahun lalu - Utusan Malaysia

JPJ sumbang RM4.2 bilion hasil kepada negara tahun lalu

ZAILANI Hashim (tengah) bersama Abu Hassan Alshari Yahya (kanan) menunjukkan duit syiling kenangan ulang tahun ke-75 JPJ pada Majlis Pelancaran Duit Syiling Kenangan Ulang Tahun ke-75 JPJ di Putrajaya hari ini. Sebelah kiri ialah Aminurrahim Mohamed- UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  menyumbang sebanyak RM4.2 billion kepada negara melalui kutipan hasil pada tahun 2020.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, sejak mula beroperasi pada tanggal 1 April 1946 sebagai pendaftar dan pemeriksa kereta motor atau dahulunya dikenali sebagai RIMV (Registrar Inspection Motor Vehicle), JPJ telah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti.

Menurutnya, ia termasuklah menguruskan pungutan hasil serta menguat kuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 secara telus dan berkesan.

Tambahnya lagi, umum mengetahui Malaysia mempunyai lebih daripada 200,000 kilometer jalan raya yang telah dibina dan ini dapat dikaitkan dengan peningkatan pemilikan kenderaan dan pemandu.

“Hingga kini, JPJ telah menguruskan sebanyak 33,059,582 (33.05 juta) buah kenderaan terkumpul, dan seramai 14,319,361 (14.32 juta) orang pemandu terkumpul di Malaysia.

“Malah, JPJ juga telah menyumbang sebanyak RM4.2 Billion kepada negara melalui kutipan hasil, pada tahun 2020,” katanya pada majlis Pelancaran Duit Syiling Kenangan Ulang Tahun ke-75 JPJ Malaysia, hari ini.

Turut hadir Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya yang mewakili bank pusat tersebut dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ , Aminurrahim Mohamed (kiri).

Mengulas program yang diadakan, Zailani berkata, pelancaran Duit Syiling Kenangan ini merupakan rentetan daripada sambutan Ulang Tahun Ke-75 JPJ yang telah disambut pada bulan April yang lalu dengan kerjasama BNM.

Beliau berkata,duit syiling kenangan yang dikeluarkan BNM merupakan suatu simbolik yang bermakna kepada Jabatan dengan permukaan duit syiling yang mengandungi imej yang menekankan fungsi utama JPJ dalam mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor.

“Malah, terdapat juga imej yang menggambarkan kawalan dan arah tuju penubuhannya JPJ untuk terus relevan dan mara berdaya saing.

“Selain itu, terdapat juga nama BNM yang merupakan sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling numismatik, disusuli dengan logo rasmi sambutan JPJ75 yang melambangkan JPJ bergerak ke arah pemodenan dan digitalisasi seperti mana Sambutan Jubli Platinum JPJ 75 Tahun pada tahun ini bertemakan Digitalisasi Melestari Integriti,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya