Jersi baharu skuad Bunga Raya bakal 'dirasmikan' di Dubai - Utusan Malaysia

Jersi baharu skuad Bunga Raya bakal ‘dirasmikan’ di Dubai

SHAHRUL Zaman Yahya (belakang, tiga dari kiri) ketika majlis pelancaran jersi baharu skuad Bunga Raya, kelmarin. – IHSAN KRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bunga Raya bakal ‘merasmikan’ jersi baharu mereka dalam kejohanan Siri Ragbi Asia 7 Sebelah (7’s) di  Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 19 dan 20 November ini.

Sebagai makluman, Siri Ragbi Asia 7’s juga merupakan saingan bagi kelayakan ke Piala Dunia 7’s di Afrika Selatan pada tahun depan.

Jersi terbaharu itu yang diperkenalkan secara rasmi kelmarin, merupakan sentuhan bersama AL Ikhsan setelah menjalinkan kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sejak 2019.

“Jersi selaku tuan rumah akan mengekalkan warna merah yang melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi.

“Manakala jersi selaku pasukan pelawat pula buat pertama kalinya putih merupakan warna pilihan dalam memberi kelainan kepada penampilan skuad Bunga Raya kali ini,” kata KRM dalam satu kenyataan akhbar.

Selain daripada kit hari perlawanan, AL Ikhsan juga akan menyediakan pakaian latihan dan kit luar padang untuk pasukan.

Sementara itu, Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang dimeterai di antara kedua–dua pihak dan berharap persefahaman ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya