Harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dijangka kembali ke paras purata - Utusan Malaysia

Harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dijangka kembali ke paras purata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Harga tiket penerbangan bagi laluan ke Sabah dan Sarawak dijangka kembali ke paras purata apabila operasi penerbangan kembali seperti biasa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perubahan itu dapat dilihat setelah kerajaan Sarawak pada 25 Oktober lalu bersetuju membenarkan peningkatan kekerapan penerbangan ke negeri berkenaan daripada 89 kepada 233 penerbangan dalam masa seminggu.

“Kebenaran itu akan membolehkan syarikat penerbangan meningkatkan kapasiti kekerapan operasi dan menawarkan harga tiket yang lebih rendah.

“Pada waktu ini, kerajaan Sarawak dan Sabah wajar mempertimbangkan untuk mempermudahkan protokol kesihatan bagi kemasukan penumpang ke dua negeri berkenaan dan perkara ini perlu disokong oleh peningkatan keyakinan penumpang untuk terbang di fasa endemik,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta kerajaan menjelaskan mengenai langkah mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket ke Sabah serta Sarawak yang melambung tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya