Guna kilang milik keluarga simpan dadah - Utusan Malaysia

Guna kilang milik keluarga simpan dadah

YAHAYA Othman menunjukkan rampasan dadah dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebuah kilang terbiar dijadikan markas penyimpanan dadah terbongkar selepas  seorang lelaki ditahan di Kampung Baru Cheras dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang pada Selasa lalu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur bersama-sama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerusi operasi khas dikenali Op Kingfisher.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pemeriksaan di dalam premis berkenaan, pelbagai jenis dadah sintetik bernilai RM1.52 juta dirampas.

Kata beliau, dadah yang dirampas terdiri 20.66 Kilogram (kg) ketamin diikuti Methamphetamin (7.4 kg) dan Ectasy (3.3kg).

“Ujian air kencing suspek mendapati dia positif dadah Methamphetamin dan tiada rekod jenayah dilaporkan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Yahaya berkata, lelaki yang ditahan ini telah menjadikan kilang milik keluarganya sebagai stor penyimpanan dadah berkenaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kilang terbabit sebelum ini pernah digunakan oleh keluarga suspek bagi menyimpan pelbagai barangan binaan.

“Namun, selepas kematian, kedua-dua ibu bapanya, kilang terbabit tidak lagi beroperasi, namun, suspek mengambil kesempatan menggunakan kilang tersebut menyimpan dadah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui sumber bekalan dadah diperoleh selain berapa lama kegiatan itu dilakukan,” katanya.

Dalam kes berasingan, tiga lelaki ditahan menerusi operasi berasingan di sekitar ibu negara dan Selangor pada 15 sehingga semalam kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ujar Yahaya, menerusi enam serbuan yang dijalankan, pihaknya telah merampas 31.53 kg dadah dipercayai ganja dan 2,800 pil Erimin 5 bernilai RM122,025. 

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah untuk mengelak diri dari dikesan pihak berkuasa.

“Dadah-dadah yang dirampas ini adalah untuk pasaran tempatan dan hanya diedarkan kepada kenalan rapat sahaja,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN