Pelakon disegani, Namron tidak menafikan ramai pelakon menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan individu-individu tertentu yang berpengaruh dalam industri.
Namun katanya, kebanyakan mangsa adalah pelakon baharu dan lelaki yang menjadi sasaran untuk melepaskan nafsu haiwan pihak-pihak tertentu.
“Saya tidak pernah melihat situasi begini berlaku di depan mata. Tetapi, banyak cerita-cerita yang saya dengar diceritakan sendiri oleh mangsa.
“Yang banyak kena bukan perempuan, sebaliknya lelaki. Yang mengadu kepada saya semua lelaki, perempuan tak ada pula.
“Gangguan mereka terima tidak berlaku di depan umum. Sebaliknya ketika berdua. Macam-macam cerita, ada yang diarahkan tidur sebilik dengan si pelaku, kemudian dipeluk raba sehingga mereka jatuh trauma,” katanya.
Jelas Namron, keadaan seperti itu bukanlah perkara yang baharu berlaku. Katanya, dahulu, ketika media sosial tidak bermaharajalela, ramai selebriti bermula kosong dan bergantung kepada pihak-pihak tertentu untuk masuk ke dalam industri.
“Dahulu lagi teruk dieksploitasi. Dahsyat, media sosial tak ada. Jadi merelakan diri, menjadi mangsa nafsu haiwan pihak-pihak berniat jahat, semata-mata untuk tawaran lakonan.
“Saya tak pastilah kalau di zaman teknologi ini, situasi seperti itu masih berlaku,” ujarnya.
Dalam pada itu, Namron sebagai pelakon berpengalaman menasihatkan pendatang baharu agar tidak terjerat atau meletakkan diri dalam situasi yang membolehkan mereka menjadi mangsa kepada gangguan seksual.
il kesempatan. Jika ada, angkat kaki dan tinggalkan. Kalau terasa diri diganggu, buat laporan. Ada akta yang diperuntukkan untuk menangani jenayah seksual.
“Ingat, rezeki Allah yang tentukan. Kalau dah ditakdirkan seseorang itu menjadi pelakon, jangan risau, rezeki tetap ada. Jadi jangan relakan diri diperguna semata-mata untuk tawaran berlakon,” tegasnya.